PEMANCAR TERENGGANU
Biro Tatatertib
Lesen KElas B
Freq Band(MHz): 28.0 – 29.7
50.0 – 54.0
144.0 – 146.0
146.0 – 148.0
430.0 – 440.0
Max Tx Power level 50W(PEP) – Peak Envelop Power.
Class of Emission A3E, F1A, F2A, F3A, J3E, R3E.
1. Lesen ASAA (Amateur Station Apparatus Assignment) hendaklah berada berhampiran dengan alat transceiver dialamat yang dinyatakan pada lesen itu.
2. Station bergerak perlu membawa salinan lesen ASAA sebagai bukti operator yang sah.
Perkara Mengenai Penggunaan Radio Amateur
a. Jangan gunakan Radio Amateur yang melibatkan perniagaan atau apa jua jenis perbualan yang menghasilkan pendapatan keewangan.
b. Ditegah sama sekali digunakan untuk penyiaran awam. Radio Amateur hanya boleh digunakan memancar kepada satu-satu station Radio Amateur yang lain.
c. Untuk memancar melalui Radio Amateur seseorang itu perlu mempunyai lesen AROAC (Amateur Radio Operator’s Certificate) kelas A atau B.
Amateur Radio Station Log Book
Log Book ini mengandungi i. Tarkh semua pemancaran.
ii. Masa permulaan perhubungan dan masa tamat
perhubungan.
ii. Masa permulaan perhubungan dan masa tamat
perhubungan.
iii. Frequency/Band digunakan.
iv. Gaya pancaran – suara/morse/………..
v. Kekuatan memancar (Watt).
vi. Callsign station yang dihubungi.
vii. Nama/handle jika diketahui.
viii. Lokasi apabila berada di tempat yang
sementara./mobile.
ix. Record bernombor mengikut turutan 1 2
3 4 5 ………
Pegawai berkuasa MCMC berhak memereksa dan menguji mana-mana Station Radio Amateur dan boleh menggantung/membatalkan mana-mana ASAA Station Radio Amateur yang tidak mematuhi sharat-sharat yang dinyatakan pada ASAA.
Mengendalikan Station Amateur
a) Semasa hendak memulakan penggunaan radio amateur hendaklah mendengar seketika samaada jaluran itu kosong atau jika sedang digunakan, boleh menyertai qso dengan menyebutkan callsign sendiri semasa laluan 3 saat selepas tiap-tiap “OVER”.
b) Jangan sesekali menyebut perkataan “BREAK” jika ingin menyertai qso dijalur yang sedang digunakan.
c) Perkataan “BREAK” hanya digunakan semasa KECEMASAN sahaja.
d) Diwaktu kecemasan, terus sebut “BREAK” diikuti dengan callsign sendiri. Lain-lain station dikehendaki melepaskan PTT masing-masing dan bersedia untuk memberi bantuan jika diperlukan.
e) Sekurang-kurangnya lepaskan PTT selama 3 saat bagi satu minit pancaran.
f) Perhubungan melalui “Simplex” hendaklah menyebutkan callsign sendiri dipermulaan qso dan juga dalam masa tiap-tiap 10 minit pancaran.
g) Perhubungan melalui “Repeater” sebutkan callsign sendiri dipermulaan qso dan juga sekurang-sekurangnya sekali dalam masa tiap-tiap 3 minit pancaran.
h) Semua callsign hendaklah disebut mengikut Fonetik Alfabet Antarabangsa dan begitu juga dengan nombor-nombor.
i) Apabila mengendalikan Station Radio Amateur melalui pancar-ulang, penggunaan turutan utama adalah seperti berikut:-
Pertama: Pemancaran dharurat dan panggilan kecemasan.
Kedua : Kuasa rendah dan radio tangan.
Ketiga : Station-station bergerak (mobile).
Keempat: Base station dan station-station mudah-aleh yang
berkuasa tinggi.
Tegahan-tegahan Pemancaran oleh Station Radio Amateur:-
1. Perhubungan yang menyentuh hal-hal menentang kerajaan.
2. Perhubungan / Perbincangan mengenai agama / bangsa.
3. Apa jua corak music, perhubungan untuk kemudahan melakukan jenayah, mesej berupa code atau perkataan-perkataan rahsia yang mengaburkan makna sebenar, mesej yang mengandungi perkataan-perkataan lucah, yang menyakitkan hati, yang palsu, pengenalan yang kabur/palsu.
4. Tidak dibenarkan samasekali melibatkan diri dalam komunikasi bertujuan untuk hebahan kepada orang ramai atau berita harian, pengiklanan serta perhubungan urus niaga, apa jua komunikasi yang menghasilkan hadiah berupa keuntungan/keewangan, mesej bagi pehak orang lain.
5. Jangan membuat/melakukan gangguan untuk merosakkan kegunaan frequency amateur radio atau apa jua tindakan yang menyebabkan gangguan-gangguan yang tidak diingini.
6. Mengulang pancaran dari mana-mana station radio selain dari Station Amateur kecuali maklumat mengenai ramalan cuaca bagi kegunaan orang ramai yang dikeluarkan oleh station yang dipunyai oleh kerajaan Malaysia sahaja.
Q-kod.
Q-kod digunakan oleh operator CW yakni Morse-Code. Q-kod bertujuan untuk merengkaskan penghantaran mesej melelaui Morse-Code.
Bagaimanapun Q-kod juga adalah sebahagian daripada budaya radio amateur dan digunakan diudara. Janganlah ghairah sangat dengan penggunaan Q-kod ini. Gunakan sesekali sahaja bukannya sepanjang perbualan.
Disenaraikan Q-kod yang biasa digunakan oleh pengguna VHF/UHF
QRA - Nama station/handle atau alamat?
QRK - Setakat manakah bacaan (suara) saya? (R1 – R5).
QRL - Jalur sedang digunakan atau Sebok.
QRM - Adakah anda mendapat gangguan? atau Gangguan dari station
lain.
QRO - Perlukah saya meningkatkan kuasa pancaran? atau Kuasa tinggi.
QRP - Perlukah saya merendah kuasa pancaran? atau Kuasa rendah.
QRT - Berhenti dari memancar atau tutup station.
QRU - Ada apa-apa lagi untuk saya? atau saya tiada apa-apa lagi untuk
anda atau itu sahaja dari saya.
QRV - Anda bersedia? atau saya bersedia sekarang.
QRX - Berhenti sementara (akan masok balek ke jaluran) atau saya akan panggil anda nanti, jam ………… atau tunggu dijaluran atau bila nak panggil saya balek?
QRZ - Siapa yang memanggil saya ini? atau anda dipanggil oleh
9W2…… di V…..
QSA - Setakat manakah kekuatan signal saya? (S1 - S9)
QSB - Adakah signal saya kian menurun (menghilang)? atau signal anda kian menurun (menghilang).
QSD - Penghantaran kurang baik atau pemancaran terok.
QSL - Diterima dan faham.
QSN - Anda dengar saya? atau saya dengar anda.
QSO - Perhubungan radio atau perbualan di radio.
QSP - Boleh sampaikan pesanan saya kepada …………..? atau saya akan sampaikan pesanan kepada ……………..
QSY - Tukar ke jaluran lain.
QTH - Anda berada dilokasi mana sekarang?
QTR - Jam pukul berapa sekarang? atau sekarang pukul …………..
Slang/Jargon Ham:-
73 - ucapan sejahtera atau selamat berpisah.
88 - pelok cium.
DX – perhubungan dengan station yang amat jauh.
Elmer - Operator yang penuh pengalaman membantu operator baru.
Fundamentals – Ibu bapa / mertua.
Harmonic – anak-anak.
Handy, HT - Radio tangan.
Home-brew - Alat-alat radio buatan sendiri.
Jalopy – kereta /kenderaan tua (lama).
OM - Old man (Orang laki-laki tua, suami, mana-mana ham lelaki, tidak kira umur).
OT – Old timer (orang tua/berumur).
Rig – Peralatan radio amateur.
Saltmine – tempat kerja/pejabat.
Ticket - Lesen amateur radio.
XYL - Isteri.
YL - Young lady (Remaja / mana-mana ham perempuan, tidak kira umur).
Lima-lima – pertalian talikom.
Loceng terbang – Telefon tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan