Memaparkan catatan dengan label Veterinar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Veterinar. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 22, 2013

Akta Kebajikan Haiwan Untuk Elak Haiwan Dizalimi


PUTRAJAYA: Kebajikan dan kesejahteraan haiwan di negara ini akan lebih terjamin dengan adanya undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata deraf Rang Undang-Undang (RUU) mengenai akta ini akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Katanya penggubalan RUU ini penting memandangkan banyak laporan mengenai isu kezaliman terhadap haiwan dilaporkan sejak kebelakangan ini.