
ANKARA: Seorang pembuat biskut di wilayah barat laut Edirne, Turki, Arif Meric, mendakwa berjaya menghasilkan biskut khas yang boleh menahan seseorang daripada berasa terlalu lapar ketika berpuasa.
Arif terkenal kerana pernah menawarkan hidangan istimewa kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ahli gusti sumo, ahli politik dan artis. Beliau menghasilkan biskut itu khususnya bagi mereka yang menghadapi kesulitan berpuasa meskipun selama beberapa jam selain memudahkan seseorang itu daripada terlalu rasai cuaca hari panas di bulan Ramadan dengan membekalkan tenaga kepada mereka. Biskut yang dinamakan ‘Sehr-i Ramazan’ itu disifatkan Arif sebagai berkhasiat kerana ia tidak mengandungi tepung, mentega dan garam, lapor agensi berita Anatolia.