Memaparkan catatan dengan label Muzium Negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muzium Negeri. Papar semua catatan

Khamis, April 21, 2011

Pertandingan Keris Di Muzium Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 April (Bernama) -- Muzium Terengganu akan menganjurkan pertandingan keris dan pasar antik pada 30 April dan 1 Mei ini di perkarangan muzium itu.

Penolong Kurator Lembaga Muzium Negeri Terengganu Ariffin Muda berkata program kali ini merupakan kesinambungan kepada pertandingan Keris-Pasar Antik 2010 tahun lalu yang melibatkan 239 bilah keris dan 16 gerai jualan barangan antik.