Memaparkan catatan dengan label MKN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MKN. Papar semua catatan

Rabu, Januari 09, 2013

Amaran ribut tropika Sonamu ditarik balik...


ributtropika
Majlis Keselamatan Negara pada Selasa mengumumkan bahawa ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata bahawa amaran hujan lebat dan angin kencang telah ditarik balik pada pkul 8.35 malam, Isnin.

Bagaimanapun jurucakap majlis itu berkata mereka masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya.

Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca boleh diperolehi dari laman web atau talian hotline (03-79678116).-8/1/2013

Selasa, Januari 08, 2013

Sonamu: Tidak perlu panik, MKN nasihat penduduk Pantai Timur


Sonamu
KUALA TERENGGANU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu meminta orang ramai di beberapa kawasan di Pantai Timur tidak panik dengan khabar angin bahawa ribut tropika Sonamu akan mencetuskan angin kencang.

Setiausaha Keselamatan MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata keadaan semasa menunjukkan kekuatan ribut yang dijangka membadai negeri-negeri Pantai Timur itu semakin berkurangan apabila menghampiri perairan negara.