Memaparkan catatan dengan label Batik Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Batik Terengganu. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 20, 2011

Batik songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsa


Batik dan songket Terengganu mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa apabila beberapa syarikat tekstil dari luar negara menunjukkan minat untuk memasarkan produk itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, YB Dato’ Haji Mohamed Awang Tera berkata, maklum balas ini diterima melalui program ‘Idaman Terengganu’ inisiatif kerajaan negeri yang mengadakan promosi dan rangkaian niaga di negara-negara Eropah tahun lepas.