Jumaat, Februari 08, 2013

Kerajaan tidak bankrap beri subsidi rakyat


BACHOK 6 Feb. - Kerajaan Pusat mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan subsidi rakyat, justeru negara ini tidak akan bankrap seperti yang didakwa pemimpin pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, hasil cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM120 bilion tahun lalu serta sumber daripada Petronas sudah cukup untuk dibelanjakan bagi menampung subsidi rakyat.

Katanya, melalui pelbagai hasil yang diperolehi, kerajaan mampu berbelanja sebanyak RM30 bilion setahun untuk perbelanjaan subsidi tanpa menjejaskan akaun negara.
Saya yakin ekonomi negara pada masa depan akan terus berkembang berikutan kemasukan pelabur asing yang terbaharu termasuk pelabur dari China melibatkan nilai pelaburan RM10.5 bilion di Pahang.

“Ini untuk membolehkan kerajaan dapat meneruskan pelbagai bentuk subsidi berkenaan pada tahun-tahun akan datang jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mengurus pentadbiran negara," katanya selepas menyampaikan bantuan ihsan kerosakan tanaman padi kepada petani bagi Jajahan Bachok di Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Kemasin- Semerak, Gunong, di sini hari ini.

Awang Adek berkata, dakwaan bahawa negara bankrap kerana banyak memberi subsidi adalah satu dakyah pembangkang untuk menakutkan rakyat. .
Sebaliknya kata beliau, pakatan pembangkang sebenarnya yang tidak tahu pengurusan ekonomi negara apabila pernah mengeluarkan kenyataan mahu memberhentikan sebilangan besar penjawat awam untuk mengelakkan kerugian kepada negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan