Isnin, Disember 24, 2012

Paras air lima sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya


KUALA TERENGGANU - Paras air di lima sungai utama di Terengganu melebihi paras bahaya tengah hari ini berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) ketika dihubungi berkata sehingga pukul 11 pagi ini, sungai Setiu, di Kampung Langkap, mencatat bacaan 21.51 meter melebihi paras bahaya 21.50m manakala paras air Sungai Besut di Kampung La mencatat 20.3 meter mengatasi paras bahaya 19.2 meter.
Paras air di Sungai Dungun, Pasir Raja, pula mencatat bacaan 37.5m melepasi paras bahaya 30.5m.
Sementara itu, paras air Sungai Setiu di Kampung Langkap pula berada pada tahap 22.56 meter iaitu kira-kira satu meter melepasi paras bahaya (bahaya 21.5 meter).
Paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu juga meningkat kepada 20.41 meter melepasi paras bahaya 20 meter manakala paras air Sungai Setiu di Kampung Besut mencatat 18.34m melebihi paras amaran 17.4 meter.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan