Selasa, November 08, 2011

Kursus Komunikasi Bencana Negeri Terengganu 2011


Kuala Terengganu - Kursus Komunikasi Bencana Negeri Terengganu anjuran Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu akan diadakan pada 12/11/2011 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, di Dewan Seminar, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
Unit ini diujudkan dibawah naungan Kelab PEMANCAR Negeri Terengganu dan dinamakan 'SQUAD 99' yang ditubuhkan  bertujuan untuk membantu kerajaan dalam usaha menangani bencana yang berlaku didalam negeri, selain daripada membantu agensi-agensi kerajaan yang lain.

Squad 99 akan membantu agensi-agensi terlibat dalam bidang komunikasi  dalam usaha menyelamat selain menyediakan peralatan-peralatan komunikasi seperti radio, rig atau repeater dan sebagainya.

Kursus dibuka kepada rakan-rakan PEMANCAR yang berdaftar dibawah Unit Komunikasi Bencana Terengganu.  Penyertaan adalah terhad, dimana borang pendaftaran boleh dimuat-turun di sini 
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila menghubungi URUSETIA KURSUS atau Haji Amrun bin Mamat (9W2 HAV), Unit Komunikasi Bencana Terengganu, K2, Plaza Padang Negara, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu. Telefon: 09-617 2999, Telefon Bimbit: 012-941 2225, Email: admin@pemancar.orgLaman Web: www.pemancar.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan