Khamis, Mei 05, 2011

Eyeball bersama rakan-rakan HAM dari JB, Kuantan dan Shah Alam


TER - 05/05/2011 : Eyeball singkat bersama rakan-rakan HAM dari Johor Bahru, Kuantan dan Shah Alam, berlangsung di Pejabat PEMANCAR bermula jam 7.30 malam dan seterusnya makan malam di restaurant Masjid Terapong, Kuala Ibai, dalam suasana yang cukup ceria.  Mereka-mereka adalah 9W2HRJ Ismadi @ Usop, 9W2TPR Khairul Anuar, 9W2CFN Mohd Ali dan 9W2BUY Arbain.  Keempat-empat rakan tersebut didalam perjalanan ke Tok Bali, Kelantan untuk melaksanakan tugas yang telah dijadualkan.

Turut hadir Penasihat Pemancar YBhg. Dato' Ramli Embong, Presiden Pemancar 9W2WSY Wan Mohd. Sukri,  9M2BAL Mohd. Iqbal, 9W2HJS Hussein dan 9W2BDE Syamsu Budiman.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan