Isnin, Mac 28, 2011

AL-FATIHAH - Upacara Pengkebumian Bonda Penasihat PEMANCAR

Almarhumah Hajjah Che Teh binti Abdullah, 87 tahun, bonda kepada YBhg Dato' Ramli bin Embong - Penasihat Kelab Radio Amatur Dan Rekreasi (PEMANCAR) Terengganu telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 28 MAC 2011 jam 10.00 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu  kerana sakit tua.  Almarhumah meninggalkan 10 orang anak, 8 lelaki dan 2 perempuan, dimana YBhg. Dato' Ramli adalah anak yang ke 5 didalam keluarga.

Jam 4.19 petang jenazah Almarhumah telah disembahyangkan di Masjid Kg. Atas Tol, Kuala Terengganu dan seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Tukang, Gelugur Kedai, Kuala Terengganu.


Warga PEMANCAR mengucapkan takziah kepada YBhg. Dato' Ramli serta keluarga diatas pemergian bonda tersayang semuga Allah menempatkan bersama-sama dengan orang yang soleha. AMIN.

























YBhg. Dato' Ramli bersama dengan rakan-rakan HAM

Rakan-rakan PEMANCAR yang turut serta di upacara pengkebumian







YBhg. Dato' Ramli sedang menyiram air ke atas pusara bonda tersayang



SEMUGA TUHAN MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROH ALMARHUMAH
AMIN, AMIN, AMIN.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan