Sabtu, Februari 23, 2013
Jumaat, Februari 22, 2013
Akta Kebajikan Haiwan Untuk Elak Haiwan Dizalimi
PUTRAJAYA: Kebajikan dan kesejahteraan haiwan di negara ini akan lebih terjamin dengan adanya undang-undang di bawah Akta Kebajikan Haiwan tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata deraf Rang Undang-Undang (RUU) mengenai akta ini akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Katanya penggubalan RUU ini penting memandangkan banyak laporan mengenai isu kezaliman terhadap haiwan dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Selasa, Februari 19, 2013
Ceroboh Lahad Datu: Kerajaan Tidak Kompromi Hak Dan Keselamatan Rakyat Sabah
KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.
Beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi " oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.
Sabtu, Februari 16, 2013
5,000 IBU TUNGGAL MENGAMOK DI SELANGOR
SABAK BERNAM, 15 Feb -- Lebih 500 ibu tunggal dari kawasan Sungai Air Tawar di sini berkumpul dan menuntut kerajaan Selangor menunaikan janji memberi elaun RM100 sebulan kepada golongan itu seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Kumpulan ibu tunggal yang berhimpun pada program Gerakan Kebangkitan Rakyat itu turut menghantar memorandum kepada Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor Datuk Johan Abdul Aziz bagi mewakili mereka melakukan langkah selanjutnya termasuk membabitkan tindakan perundangan terhadap kerajaan Selangor.
Ahad, Februari 10, 2013
PEMIMPIN DISAYANGI CAKNA DAN BANTU SEGERA PERMASALAHAN RAKYAT

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM32 juta tahun ini bagi tujuan membaiki rumah penduduk miskin dan menggantikan atap kediaman yang bocor di seluruh negeri.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya mengagihkan RM1 juta bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana mereka yang layak dikenal pasti melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Kerajaan mahu penduduk di negeri ini mendiami rumah yang selesa dan tidak ada lagi masalah rumah yang atapnya bocor,” katanya ketika ditemui selepas melawat rumah penduduk yang uzur di Kampung Pondok Pasir, Kijal, hari ini.
Sabtu, Februari 09, 2013
Malaysia-Indonesia setuju terbit program TV erat hubungan
| DR. RAIS Yatim menerima buku dari Gabenor Sulawesi Utara, Dr. Sinyo Harry Sarundajang sebagai cenderamata ketika hadir pada Majlis Makan Malam dan Ramah Tamah sempena Hari Media Nasional Indonesia Ke-66 di Hotel Sintesa Peninsula di sini semalam. Turut kelihatan Ketua Dewan Kehormatan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) merangkap Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Tarman Azzam (kiri). |
MANADO (Indonesia) 8 Feb. - Malaysia dan Indonesia hari ini mencapai persetujuan lisan bagi menghasilkan sebuah rancangan televisyen terbitan bersama badan penyiaran kedua-dua negara bermula Mac depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, persetujuan yang dicapai bersama Menteri Penerangan Indonesia, Ir. Tifatul Sembiring itu bertujuan mewujudkan persefahaman budaya dan memantapkan hubungan serumpun kedua-dua negara.
Jumaat, Februari 08, 2013
Kerajaan tidak bankrap beri subsidi rakyat

BACHOK 6 Feb. - Kerajaan Pusat mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan subsidi rakyat, justeru negara ini tidak akan bankrap seperti yang didakwa pemimpin pakatan pembangkang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, hasil cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM120 bilion tahun lalu serta sumber daripada Petronas sudah cukup untuk dibelanjakan bagi menampung subsidi rakyat.
Katanya, melalui pelbagai hasil yang diperolehi, kerajaan mampu berbelanja sebanyak RM30 bilion setahun untuk perbelanjaan subsidi tanpa menjejaskan akaun negara.
Langgan:
Catatan (Atom)