Sabtu, Februari 16, 2013

5,000 IBU TUNGGAL MENGAMOK DI SELANGOR

Lebih 500 Ibu Tunggal Berkumpul Tuntut Janji Manifesto Kerajaan Selangor

SABAK BERNAM, 15 Feb -- Lebih 500 ibu tunggal dari kawasan Sungai Air Tawar di sini berkumpul dan menuntut kerajaan Selangor menunaikan janji memberi elaun RM100 sebulan kepada golongan itu seperti yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Kumpulan ibu tunggal yang berhimpun pada program Gerakan Kebangkitan Rakyat itu turut menghantar memorandum kepada Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor Datuk Johan Abdul Aziz bagi mewakili mereka melakukan langkah selanjutnya termasuk membabitkan tindakan perundangan terhadap kerajaan Selangor.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman berkata perhimpunan pada Jumaat merupakan antara siri jelajah bagi membela nasib ibu tunggal di negeri itu yang menuntut hak mereka mendapatkan elaun seperti dijanjikan kerajaan Selangor.

"Kami menuntut hak kami, kamu bukan meminta yang bukan-bukan dan semua ibu tunggal rasa tertipu dan dipermainkan oleh kerajaan Selangor yang pandai berjanji kemudiannya berdolak dalih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johan berkata pihaknya akan memeriksa dokumen diserahkan kumpulan ibu tunggal itu bagi membantu mereka mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan Selangor yang enggan menjelaskan tuntutan yang dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan