Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 08, 2013

Kerajaan tidak bankrap beri subsidi rakyat


BACHOK 6 Feb. - Kerajaan Pusat mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan subsidi rakyat, justeru negara ini tidak akan bankrap seperti yang didakwa pemimpin pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, hasil cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM120 bilion tahun lalu serta sumber daripada Petronas sudah cukup untuk dibelanjakan bagi menampung subsidi rakyat.

Katanya, melalui pelbagai hasil yang diperolehi, kerajaan mampu berbelanja sebanyak RM30 bilion setahun untuk perbelanjaan subsidi tanpa menjejaskan akaun negara.

Ahad, Januari 06, 2013

'Satu undi untuk BN, satu undi untuk masa depan' - Najib


najib-janji-ditepati
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap satu undi untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) nanti, bermakna "satu undi untuk masa depan".

Katanya beliau optimis rakyat tidak akan memperjudikan masa depan kepada pihak pembangkang, sebaliknya rakyat kini dilihat semakin yakin dengan kerajaan BN untuk terus menerajui negara bagi mencapai wawasan negara maju.

"Alhamdulillah, sekarang rakyat (dilihat) bertambah yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, undi satu untuk BN adalah adalah satu undi untuk masa depan, (kalau) undi pembangkang, (masa depan) tidak menentu," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan minum petang bersama pemimpin setempat Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Manis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Kuantan, Sabtu.