Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Katanya jumlah itu melibatkan 4.1 juta isi keluarga yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah pemohon baharu yang melibatkan orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
Katanya pembayaran akan dilakukan mulai 1 Feb hingga 28 Feb dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkannya pada 2 Feb.
"BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran," katanya.
Ahmad Husni berkata bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Dis 2012.
"Kita tidak tutup lagi permohonan, kita beri masa buat permohonan. Bagi permohonan selepas 31 Dis, mereka mungkin dapat selepas Februari. Ini kerana kita perlu masa untuk proses. Polisi Perdana Menteri semua yang layak akan dapat," katanya.
Bernama melaporkan,katanya pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion.
Tahun lepas, 4.1 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.
Menerusi BR1M yang mula diperkenalkan tahun lepas, rakyat yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500.
Untuk BR1M 2.0, selain mengekalkan kelayakan sama untuk isi rumah, kerajaan turut memberi bantuan tunai RM250 kepada individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
Menara Hasil Sungai Petani yang dibina di atas kawasan seluas 2.26 hektar diserahkan kepada LHDN pada 9 Okt 2012 bagi menggantikan pejabat lama LHDN Sungai Petani di Kompleks SP Plaza yang beroperasi sejak 1997.
Pada majlis itu, Ahmad Husni turut melancarkan 'tagline' baharu LHDN iaitu HASiL Teman Keceriaan Anda atau 'HASiL Your Feel Good Partner'.
Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.-23/1/2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan