KUALA LUMPUR: Perjuangan PAS berkaitan murtad tidak lagi sehebat dulu, malah pemimpin PAS yang menentang isu tidak sealiran dengan dasar pembangkang dilabel dan dituduh sebagai ejen UMNO.
Perkara itu jelas apabila insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu kerana ada maklumat wujud agenda memurtadkan umat Islam dipertikai banyak pihak termasuklah kalangan pemimpin PAS.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, berkata ada pihak cuba menafikan pembabitan gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam sedangkan ada bukti boleh mengaitkan mereka malah ia sudah berlaku sejak sekian lama.
“PAS yang dulu berjihad menentang murtad kini bertukar kiblat. Hari ini mereka akan tumbuk meja dan marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak memurtadkan umat Islam.
“Pejuang tulen seperti (Datuk) Dr Hasan Ali yang ikhlas mencegah murtad dituduh ejen UMNO yang dibayar Perdana Menteri untuk merosakkan perpaduan PAS dengan DAP.
“Dulu mereka maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini mereka maki-hamun UMNO konon membayar Hasan Ali untuk mencegah murtad,” katanya dipetik dari laman blognya http://zul4kulim.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan