FIKIRAN->KEPERCAYAAN->ATTITUDE->PERASAAN->
TINDAKAN/KELAKUKAN
Catatan ini bertajuk jiwa positif dan hidup berTuhan. Mengapa jiwa positif? Di kala hampir seluruh motivasi menyarankan agar berfikir dengan fikiran positif, saya lebih suka dan mengatakan bahawa fikiran positif tidak cukup untuk diri kita di dalam menjalani kehidupan yang pelbagai ragam. Kita memerlukan JIWA YANG POSITIF.
Mari kita buktikan bahawa JIWA yang positif adalah kunci utama untuk berjaya di dalam kehidupan kita terutama hidup berTuhan sebagai muslim dan muslimah.
Apakah yang mengawal tindakan dan kelakuan kita? PERASAAN kita. Setiap tindakan dan kelakuan kita adalah mengikut perasaan kita. Ia hadir daripada minda bawah sedar (perasaan) dan kemudian hadir ke minda sedar kita. Perasaan ke atas sesuatu perkara akan memberi kesan ke atas tindakan dan kelakuan kita. Perasaan akan mempengaruhi kualiti kerja kita.Bagaimana kelakuan kita jika kita tidak suka pada seseorang? Bagaimana kerja yang kita lakukan jika kita tidak minat untuk lakukan? Bagaimana ibadah kita jika kita merasa CINTA kepada Allah? Semua perasaan ini datang dari minda bawah sedar di mana kita tidak memaksa perasaan ini untuk dirasa. Ia hadir sendiri tanpa dipaksa.
Kita lebih bersemangat melakukan sesuatu yang kita suka. Kita akan melakukan dengan baik sesuatu yang menjadi minat kita. Kita lebih menumpukan perhatian kepada orang yang kita sayang kerana perasaan sayang itu. Kita akan menjauhi orang yang kita tidak suka kerana perasaan tidak suka itu.
Seterusnya, dari mana perasaan ini hadir? Jika kita mengetahui perasaan ini hadir, bukankah kita boleh sentiasa memastikan perasaan yang baik-baik sahaja wujud dalam diri kita?
Perasaan terbina, terhasil, dikawal dan dipengaruhi oleh ATTITUDE kita. Apakah attitude? Attitude adalah pandangan fisiologikal kita terhadap sesuatu. Ia dibentuk oleh jaringan neuron yang telah terbina di dalam otak kita disebabkan oleh corak pemikiran kita terhadap sesuatu perkara. Apabila elektrokimia tercetus di dalam otak kita, segala informasi akan terhantar di jaringan-jaringan neuron ini. Ia akan membentuk perasaan yang berbeza mengikut pandangan kita.
Setiap daripada kita mempunyai pandangan terhadap sesuatu yang berbeza-beza. Ia disebabkan oleh penapis luaran dan penapis dalaman yang pernah saya terangkan dahulu. Disebabkan pandangan kita ini, ia membentuk attitude di dalam diri kita. Seterusnya ia akan membentuk perasaan mengikut pandangan diri kita sendiri.
Pandangan yang baik akan menjadi seseorang sentiasa melihat peluang yang baik di dalam kehidupan dan diri mereka. Tetapi persolannya kini, dari mana Attitude ini terbina? Ia BUKAN KEBETULAN.
Attitude terbina disebabkan oleh KEPERCAYAAN. Apabila kita mempercayai sesuatu, maka ia akan membina satu pandangan fisiologikal di dalam diri kita iaitu attitude. Seperti contoh, jika saudara mempercayai ibu dan bapa saudara merupakan orang yang baik, maka sudah pasti attitude kita terhadap mereka juga baik. Seterusnya kita akan berasa sayang, cinta dan senang dengan ibu bapa kita. Lalu kelakuan kita kepada mereka juga adalah baik.
Bagaimana kepercayaan ini wujud? Kepercayaan ini wujud disebabkan oleh corak pembentukan jaringan neuron kita. Dengan kata lain, bagaimana hubungan di antara neuron ini terbentuk mewujudkan kepercayaan kita. Bahagian perhubungan neuron ini dikenali sebagai neurode. Ia disebabkan oleh tindakbalas elektrokimia hasil daripada FIKIRAN kita.
FIKIRAN kita membentuk corak jaringan neuron. Setiap daripada kita berbeza fikiran. Sebab itu kita mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza. Fikiran kita dipengaruhi oleh persekitaran, rakan-rakan, keluarga dan sebagainya. Fikiran kita diganggu dengan penapis luaran dan dalaman yang wujud pada diri kita.
Jika kita simpulkan keseluruhannya, FIKIRAN akan mewujudkan KEPERCAYAAN. KEPERCAYAAN kepada sesuatu akan mewujudkan ATTITUDE atau PANDANGAN FISIOLOGIKAL dalam diri kita. Dengan pandangan ini, ia akan mewujudkan PERASAAN dan akhirnya PERASAAN ini akan mempengaruhi TINDAKAN dan KELAKUAN kita.
***
Kita bincangkan pula tentang fikiran yang membentuk kepercayaan. Bagaimana sebenarnya kepercayaan ini terbentuk dengan lebih terperinci.
Apabila kita berfikir, maka jaringan neuron akan terbentuk di dalam otak kita. Neuron ini bersifat plastik. Jika kita memikirkan sesuatu perkara maka jaringan neuron terbentuk. Ia kembali terputus jika kita tidak memikirkan lagi perkara tersebut. Sebab itu jika kita sentiasa memikirkan sesuatu berulang kali (AFFIRMATION) kita akan mengingati sesuatu itu lebih lama. Begitu juga jika kita menghafal sesuatu. Jika kita selalu mengulanginya, kita akan terus mengingati perkara itu. Jika kita tidak lagi mengulanginya, lama-kelamaan kita akan lupa.
Jika kita seringkali mengingati atau mengulangi memikirkan sesuatu, neuron yang terbentuk semakin kukuh. Analoginya adalah seperti padang rumput yang kita setiap hari merentasinya. Pasti ada denai yang wujud di atas padang rumput tersebut bukan? Jika kita melaluinya setiap hari, maka denai tersebut makin jelas kelihatan. Jika kita tidak lagi melaluinya, lama-kelamaan, pasti denai tersebut dipenuhi rumput kembali.
Sebab itulah kita sentiasa diminta untuk melakukan AFFIRMATION. Kita juga diminta untuk mengingati atau memikirkan perkara-perkara yang positif sahaja. Inilah yang selalu dikatakan oleh pakar motivasi agar kita hendaklah diminta untuk BERFIKIRAN POSITIF,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan