Rabu, Januari 26, 2011

Dikhuatiri lemas setelah terjun sungai

KUALA TERENGGANU 25/01/11 – Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam sungai di Kampung Pulau Bahagia, di sini malam tadi.
Bagaimanapun laporan kehilangan Khairul Hakim Dagang, 20, hanya dibuat pada pukul 3 petang ini di Balai Polis Manir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ismail Mat Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh 15 anggota termasuk unit skuba sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan itu.
Lelaki itu dikatakan berada di tepi sungai itu bersama tiga lagi rakannya dan menurut laporan yang diterima, dia bersama seorang rakan terjun ke dalam sungai itu apabila terkejut dengan kehadiran polis, katanya ketika di temui di tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata. pemuda itu dikatakan tidak tahu berenang, manakala rakan-rakannya dapat menyelamatkan diri. – Bernama

1 ulasan:

  1. Mayat Khairul Hakim Dagang, 20, yang lemas setelah dikatakan terjun ke Sungai Terengganu di Kampung Pulau Bahagia di sini malam Isnin lepas, ditemui terapung tidak jauh daripada tempat dia dilaporkan hilang.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Abdul Halim Mohd Ishak berkata, mayat tersebut dijumpai terapung-apung kira-kira 7.20 pagi tadi 26/01/11 oleh orang awam.

    Mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah sebelum dituntut oleh keluarganya bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bahagia.

    Abdul Halim berkata, dalam kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu, mangsa yang sedang berada di tepi sungai berkenaan bersama dua rakannya dikatakan bertindak terjun ke dalam sungai setelah terkejut melihat kehadiran polis di situ.

    Katanya, rakan-rakan mangsa dapat menyelamatkan diri, manakala Khairul Hakim yang tidak tahu berenang, hilang dibawa arus

    BalasPadam