Jumaat, Disember 24, 2010

Penganalisa spektrum


Penganalisa spektrum (spectrum analyzer) adalah satu alat pengukuran yang boleh mengambil isyarat (bentuk gelombang) dalam domain masa dan memaparkan spektrum isyarat tersebut dalam domain frekuensi.
Julat frekuensi yang boleh dipaparkan bergantung kepada jenis penganalisa spektrum yang digunakan. Kebanyakannya adalah dalam julat 10 kHz - 2.6 GHz.
Sebagai contoh, penganalisa spektrum yang mempunyai julat 0 - 20 kHz. Penganalisa ini mempunyai 20 penapis (filter) bersebelahan, tiap satu dengan jalurlulus 1000 Hz, tetapi dengan frekuensi tengah (centre frequency) yang berbeza. Penapis pertama melepaskan isyarat berfrekuensi 0 - 1 kHz, penapis kedua 1 - 2 kHz, ketiga 2 - 3 kHz dan seterusnya.
Jika satu isyarat dalam domain masa dimasukkan ke dalam penganalisa spektrum, isyarat tersebut akan melalui penapis secara serentak.
Keluaran tiap penapis adalah berkadaran dengan berapa frekuensi spektrum isyarat masukan. Keluaran ini kemudian diimbas dan dipaparkan pada paparan CRT penganalisa spektrum, iaitu nilai frekuensi pada paksi-x dan magnitud pada paksi-y.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan