Majlis Tahlil dan meraikan petugas-petugas yang telah bertungkus lumus mengendalikan pameran (kios) di Terengganu Trade Center yang berlangsung selama 3 hari telah diadakan di base 9M4CCM pada 21/12/2010 mulai jam 9.00 malam. Selain daripada itu majlis Tahlil diadakan adalah untuk mendoakan kepada semua rakan-rakan kelab yang akan menduduki peperiksaan RAE pada 22/12/2010 jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Dewan Universiti Malaysia Terengganu memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyAllah.
 |
Majlis diketuai oleh 9W2MBT - Cikgu Mohamad |
 |
Amin...amin....amin... semua usaha yang dibuat selama ini dibekati Illahi. InsyAllah |
 |
Amboi..amboi...amboi PAK DIN..yang baju merah tu..... hai.... |
 |
Anak-anak pun turut serta didalam majlis yang diadakan |
 |
Apa yang direnongkan oleh 9M2VOT - Pak Rasad tu tak tau la..... |
 |
Apa yang ditengok oleh 9W2KTB tu tak tau la..... |
 |
Dari kiri 9W2LBE - Cikgu Lan, 9M2VOT - Pak Rasak, 9W2MBT - Cikgu Mohamad dan 9W2POL En. Hussein |
 |
9M2VOT sedang menerangkan sesuatu kepada ahli-ahli yang akan mengambil peperiksaan |
Semua rakan-rakan yang menduduki peperiksaan RAE mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada 9W2BNO Cikgu Jamal, 9M2VOT Pak Rasad, 9W2KTB Cikgu Fadzli dan rakan-rakan yang lain, yang telah bertungkus lumus memberikan ilmu pengetahuan serta panduan-panduan yang bermunafaat kepada rakan-rakan. Selain daripada menyediakan tempat yang begitu selesa disamping menyediakan makan & minum setiap kali pembelajaran diadakan. Tuhan saja yang dapat membalasnya. InsyAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan