Jumaat, Disember 24, 2010

Kajian Internet jalur lebar mudah alih SKMM 2/2010


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan:

i) Kajian tahunan penggunaan telefon bimbit SKMM
ii) Kajian Internet jalur lebar mudah alih SKMM 2/2010
Ini adalah sebahagian daripada usaha SKMM untuk memantau dan mempertingkatkan mutu industri Komunikasi dan Multimedia di negara ini.
Temu bual untuk mengutip data bagi kajian- kajian di atas akan bermula pada 19 November  sehingga 31 Disember 2010.  Kajian ini akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari bekerja, hari Sabtu, Ahad dan hari-hari kelepasan am.  Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan bukan untuk menjual barang atau mengutip wang.
Walaupun penyertaan adalah secara sukarela, kerjasama daripada pihak awam dipohon agar dapat memberikan maklumat seperti yang dikehendaki.  Maklumat yang dikumpulkan tidak akan dihebahkan ke mana-mana pihak dan akan digunakan semata-mata untuk kiraan statistik-statistik di peringkat kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor
(u/p: Jabatan Statistik dan Sumber Ilmu)
Tel: +603 8688 8000
+603 22726666
Fax: +603 8688 1006
Talian Percuma : 1 800 888 030www.skmm.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan