RUSILA - 04/05/2011 : Blogger bersama beberapa orang rakan Radio Amatur (PEMANCAR), Jabatan Penjara Marang dan seorang padu-arah pukat pantai, telah mengadakan aktiviti memukat ikan di kawasan persisir pantai Rhu Renggeh, Rusila, Marang bermula dari jam 8.00 malam hinggalah jam 12.00 t/malam dengan menggunakan pukat jaring sepanjang 150 meter.
Khamis, Mei 05, 2011
Selasa, Mei 03, 2011
Isnin, Mei 02, 2011
PUKAT PANTAI DI PERSISIR PANTAI PAKA, DUNGUN

PAKA - 01/05/2011 : Blogger bersama beberapa orang rakan Radio Amatur (PEMANCAR), Jabatan Penjara Marang dan penduduk Paka, Dungun, Terengganu telah mengadakan aktiviti memukat ikan di kawasan persisir pantai bermula dari jam 7.30 malam hinggalah jam 12.00 t/malam dengan menggunakan pukat jaring sepanjang 100 meter.
Ahad, Mei 01, 2011
PM puas hati sambutan rakyat Terengganu

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak melahirkan rasa puas hati terhadap sambutan yang diberikan rakyat Terengganu, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan DUN Manir yang memberi sambutan luar biasa sempena Program Turun Padang beliau ke negeri Terengganu, hari ini.
“Ini menunjukkan rakyat senang hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke beberapa lokasi terpilih di dua DUN berkenaan. Sidang media tersebut diadakan di Pulau Duyong, selepas beliau merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, petang ini.
Sabtu, April 30, 2011
Kejohanan 'Mountain Bike' Negeri Terengganu 2011
Kejohanan 'Mountain Bike' Negeri Terengganu 2011 berlangsung pada 01/05/2011 mulai jam 8.00 pagi di Pasar Baru Kedai Buloh, Kuala Terengganu. Seramai 180 orang peserta mengambil bahagian di kejohanan tersebut termasuk pelumba Kebangsaan Anuar Manan yang memakai jersi no. 171.
Rakan-rakan PEMANCAR Negeri Terengganu diberi tanggungjawab membantu dari segi perhubungan disepanjang kejohanan berlangsung sehingga selesai.
Habuan tambahan emas Olimpik
| AHMAD Shabery (tengah) bersama Tunku Imran (dua dari kanan) Zolkples (kanan), Zamzairani (kiri) dan Pengerusi TM, Datuk Dr Halim Shafie pada majlis menandatangani MoU antara TM, MSN dan MOM serta pelancaran “Team Malaysia”, semalam. |
TM tawar imbuhan RM100,000 sebagai pembakar semangat atlit
ATLIT negara yang meraih pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 bakal menerima tambahan RM100,000 daripada RM1 juta ditawarkan di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) susulan persetujuan Telekom Malaysia Bhd (TM) memberi imbuhan berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika mengumumkan perkara itu berkata kesudian TM menawarkan imbuhan tambahan kepada pemenang emas Olimpik London itu boleh menjadi pembakar semangat untuk atlit negara merangkul emas pertama.
Jumaat, April 29, 2011
Isu Video Seks : Anwar Beri Keterangan Polis
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan satu video seks yang memaparkan pelaku dikatakan mirip beliau.
Anwar tiba pada 2.50 petang menaiki kereta bersama-sama isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan adik iparnya Wan Mokhtar Wan Ismail.
Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh satu kumpulan dikenali "Datuk T" di Carcosa Seri Negara di sini.
Langgan:
Catatan (Atom)
