Memaparkan catatan dengan label Angin Kencang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angin Kencang. Papar semua catatan

Khamis, Januari 16, 2014

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Sehingga Isnin


KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori ketiga yang melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia Khamis, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 5.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.

"Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut," menurut kenyataan itu.

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Sandakan di Sabah juga akan berterusan sehingga Isnin depan dengan keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 hingga 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5m.

Keadaan ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.


Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama juga akan berterusan sehingga Isnin di kawasan perairan Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah dengan kelajuan angin 40 dan 50 km/jam serta ombak mencapai ketinggian 3.5m.

Sabtu, Januari 04, 2014

Angin kencang, laut bergelora berterusan sehingga Isnin

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, Koh Samui di Thailand, Tioman dan Bunguran di Indonesia, dijangka berterusan sehingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, angin kencang Timur Laut berkelajuan dari 40 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.
Selain itu, angin kencang yang bertiup dari 50km/j serta ombak setinggi 4.5 meter yang melanda kawasan perairan Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga Jumaat depan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut kenyataan itu.
Sementara itu, ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Pahang, Miri, Wilayah Persekutuan Labuan dan pantai barat Sabah dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - Bernama

Khamis, Januari 02, 2014

Amaran laut bergelora di pantai timur

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan 60 km sejam dan ombak melebihi 5.5 meter itu boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, serta berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pelantar minyak. Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori kedua melanda perairan Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat serta Labuan dan Sarawak. 
Keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 dan 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5 meter itu dijangka berterusan sehingga Jumaat ini, kata kenyataan tersebut.

Keadaan ini juga berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan. - Bernama

Isnin, Jun 20, 2011

RIBUT MELANDA BEBERAPA BUAH KAWASAN DI TERENGGANU


Kuala Terengganu 19/06/2011 - Keadaan menjadi kelam kabut bermula dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam angin ribut barat daya dengan kelajuan 60 - 70 ksj melanda dibeberapa kawasan di Negeri Terengganu terutamanya dikawasan tepian pantai.  Kejadian angin kencing juga telah melanda dikediaman salah seorang rakan radio iaitu 9W2WTR, yang menyebabkan garaj kenderaan rosak teruk.  Namun begitu tiada kemalangan yang berlaku keatas sesiapa.