BEIRUT 2 Mac - Masjid Besar Aleeppo di tengah bandar Syria musnah
sejurus terkena bedilan bom yang dilancarkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan
tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan, pekarangan Masjid Umayyad itu dijadikan medan pertempuran dan lokasi tawanan kumpulan pemberontak.
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan, pekarangan Masjid Umayyad itu dijadikan medan pertempuran dan lokasi tawanan kumpulan pemberontak.
"Masjid berkenaan dikenali sebagai Masjid Besar Aleppo terletak
berhampiran pasar Kota Lama dan diiktiraf sebagai tapak warisan dunia.
Kumpulan pemberontak kini berada di laluan selesa apabila mendapat sokongan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang sanggup membekalkan bantuan perubatan dan makanan bernilai AS$60 juta (RM186 juta).
"Kenyataan itu disuarakan Setiausaha Negara AS, John Kerry sewaktu
menghadiri persidangan antarabangsa membincangkan isu Syria di Rom,"
katanya. - Al-Jazeera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan