Sabtu, Mac 12, 2011

Jutaan Penumpang Keretapi Bawah Tanah Di Tokyo Terkandas Selepas Gempa Bumi

TOKYO, 11 Mac (Bernama) -- Jutaan penumpang di Tokyo terkandas tengah hari Jumaat apabila khidmat keretapi bawah tanah dihentikan buat sementara selama enam jam selepas gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda negara ini.

Gempa bumi itu dikatakan sebagai yang terbesar melanda Jepun dalam tempoh 100 tahun.

Dianggarkan enam juta orang menggunakan khidmat keretapi bawah tanah di Metro Tokyo setiap hari.

Gempa bumi di Jepun: Polis Terengganu pantau pantai

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.

Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.

Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.

"Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.

"Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama

Jumaat, Mac 11, 2011

Caj insurans tak masuk akal, BNM digesa ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini digesa supaya masuk campur untuk menangani isu caj insurans yang “tidak masuk akal” dan manipulasi pembelian insuran pihak ketiga oleh syarikat-syarikat insurans.
Isu berkenaan dibangkitkan sekali lagi di Dewan Rakyat, dan kali ini BNM digesa mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.
Sepakat mempertikaikan ketelusan syarikat-syarikat insurans dalam isu berkenaan, beberapa anggota Parlimen dari barisan penyokong kerajaan dan pembangkang mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat-syarikat terbabit demi kepentingan rakyat.
Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mendakwa kebanyakan syarikat insurans mengenakan kadar yang tidak masuk akal dan tinggi untuk pembelian insurans pihak ketiga yang biasanya dibeli oleh pemilik kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas.

Khamis, Mac 10, 2011

Olimpik: Malaysia seri di Lahore, tapi menang agregat...


Malaysia catat keputusan seri tanpa jaringan di Lahore apabila anak-anak buah Ong Kim Swee itu berkunjung ke Pakistan untuk perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik.

Dengan keputusan itu bermakna Malaysia mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0. Ini berikutan kejayaan skuad Olimpik negara menundukkan Pakistan pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam tempoh hari.

Tahniah kepada skuad Olimpik tapi perjalanan masih jauh dik. Pusingan kedua nanti Malaysia mungkin berdepan dengan skuad yang lebih kuat berbanding Pakistan.

Household Use of the Internet Survey

Untuk mengetahui butiran lanjut sila Klik laman web berikut:

Rabu, Mac 09, 2011

Kerajaan negeri pantau prestasi pelajar guna Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y


Seramai 70 pelajar tingkatan lima dari tujuh sekolah menengah di daerah Setiu berpeluang menikmati kemudahan belajar secara ‘online’ menggunakan Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y yang disumbangan Puteri Umno Malaysia, bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Pergerakan Puteri Umno Malaysia menyerahkan set portal EBSIS2Y kepada pengetua tujuh sekolah terpilih di majlis khas yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, hari ini.

Selasa, Mac 08, 2011

Berkahwin dengan 29 orang Wanita - Hebat !!!!

BESUT - Umurnya kini sudah menjangkau 90 tahun, dan sekali imbas, tiada apa-apa istimewa mengenai warga emas ini. Namun, bila dia membuka cerita pernah berkahwin dengan 29 wanita, nyata dia bukan calang-calang orang. 

Abdullah Awang Besar, 90, atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Loh memberitahu, dia berkahwin pertama kali ketika berusia 14 tahun, selepas sebulah berkhatan. 

Sejak itu, berkali-kali lagi Ayah Loh bertemu jodoh, menggenggam tangan kadi dan naik pelamin, hinggalah mencecah angka 29.