Sabtu, Februari 12, 2011

Konvoi bermotosikal ala Islam

KUALA TERENGGANU – Penyertaan ramai golongan ustaz dalam ‘Alternative Riding Club’ memberi faedah kepada ahli dalam mewujudkan cara menunggang motosikal yang berhemah berlandaskan Islam.

Pengerusinya, Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin berkata, golongan tersebut banyak membantu ahli kelab supaya tidak leka sepanjang melakukan aktiviti terutama ketika berkonvoi ke sesuatu tempat.

Menurutnya, keadaan itu mendorong wujudnya suasana seimbang dari segi dunia dan akhirat melalui kesedaran pemanduan selain mampu memberi contoh terbaik di jalan raya.

Awas! Nur Alert Bantu Kesan Kanak-kanak Hilang

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kes kehilangan kanak-kanak berusia dua tahun, Nisha Chandramohan pada Jun 2010 mencetuskan satu kajian perintis diadakan selama dua minggu untuk memastikan kaedah terbaik menyebarluaskan maklumat mengenai kehilangan kanak-kanak itu.

Dan pada 21 Sept 2010, satu lagi kes kehilangan berlaku, Lee Xin Ru juga berusia 2 tahun. Kali ini hebahan kehilangannya menggunakan sistem NUR Alert atau Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-Kanak, yang diwujudkan hasil daripada kajian perintis itu.

Tindak balas segera daripada anggota NUR Alert untuk menghebahkan kehilangan Lee, menyebabkan pada 12 Jan 2001, Jemaah Menteri membincangkan keberkesanan sistem ini.

Ia memutuskan atas dasar seriusnya masalah kehilangan kanak-kanak sebegini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilantik menerajui NUR Alert.

Polis DiMinta Siasat Anwar Rancang ‘Rusuhan Rakyat’

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merancang melarikan diri ke luar negara dan merancang ‘rusuhan rakyat’ sebagaimana yang berlaku di Thailand dan Mesir, untuk mewujudkan suasana huru hara di Malaysia, seterusnya mengulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, dakwa Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah. 
Tambahnya, pendedahan ini diperolehi daripada seseorang, menerusi dokumen bertarikh 9 Februari 2011 yang bertajuk `Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri – Bahagian 1 dan 2 [Akhir]’.

Baca Sini Dulu Sebelum Ucap "Happy Valentine Day"

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Antara sejarah lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Kerajaan Terengganu Bantu Keluarga Tain


Kerajaan negeri akan berusaha menyediakan sebuah rumah kediaman kepada keluarga Encik Tain Abdul, 65 dan isteri Ummi Kalthsum Ghazali, 36 yang tinggal di Lorong 9, Jalan Bandar Baru, Pulau Kambing, Kuala Terengganu petang ini (10 Februari).

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud yang membuat kunjungan ke rumah keluarga berkenaan berkata, insyaAllah usaha sedang dibuat untuk menyediakan tempat kediaman kepada keluarga ini.

Jumaat, Februari 11, 2011

SPRM Diminta Siasat Kecurian Bijih Besi Di Dungun

KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera berhubung laporan kecurian bijih besi di Bukit Besi, Dungun.

Melahirkan rasa kecewanya, Ahmad berkata beliau percaya ada 'orang dalam' bersengkongkol dalam hal itu, mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil yang banyak.

"Seolah-olah harapkan pagar, pagar makan padi," katanya kepada pemberita selepas melawat kelas maya di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, di sini pada Rabu.

Terengganu Perkenal Kelas Maya Di Sekolah Rendah

KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) -- Sistem pengajaran secara maya diperkenalkan di tiga sekolah rendah di Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai permulaan tiga kelas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kompleks Seberang Takir di sini, dan Sekolah Teluk Kalong di Kemaman dipilih untuk melaksanakan projek perintis itu.

"Kos untuk mengadakan sebuah kelas maya ini dianggar antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan yang ada dan kita akan perluaskannya secara berperingkat ke sekolah lain jika ia menunjukkan pencapaian yang memuaskan," katanya.