Bukit Takal yang dulunya diselubungi hutan rimba, makin dikenali ramai, khususnya di kalangan pelancong kerana di situ terdapat Taman Rekreasi dan Mini Zoo yang menempatkan pelbagai spesies haiwan.
Sehingga ini, terdapat lebih 200 ekor haiwan terdiri daripada 74 spesies, ditempatkan di zoo berkenaan. Bilangan haiwan ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keupayaan pihak pengurusan zoo.