Memaparkan catatan dengan label Tanah Runtuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah Runtuh. Papar semua catatan

Ahad, Mei 22, 2011

Video: Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh



Senarai Nama Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga pukul 11.30 malam, 10 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan pelajar dan dua penjaga, sembilan mangsa cedera dan enam lagi masih tertimbus.

TANAH RUNTUH - RUMAH ANAK YATIM TERTIMBUS!!


Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.

Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 2 Kumpulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).