Memaparkan catatan dengan label Tabung Anak-Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tabung Anak-Anak. Papar semua catatan

Sabtu, April 16, 2011

MB minta ibu bapa menabung untuk pendidikan anak-anak


Menteri Besar menyampaikan inisiatif kepada pelajar cemerlang dalam peperikaan awam 
ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) 
Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasek


Ibu bapa di negeri ini diminta menabung sebahagian daripada pendapatan mereka untuk membiayai pendidikan anak-anak, khususnya untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kebanyakan ibu bapa khususnya dari kalangan masyarakat Melayu tidak menabung untuk pendidikan anak-anak mereka.