Memaparkan catatan dengan label Sonamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sonamu. Papar semua catatan

Selasa, Januari 08, 2013

Sonamu: Tidak perlu panik, MKN nasihat penduduk Pantai Timur


Sonamu
KUALA TERENGGANU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu meminta orang ramai di beberapa kawasan di Pantai Timur tidak panik dengan khabar angin bahawa ribut tropika Sonamu akan mencetuskan angin kencang.

Setiausaha Keselamatan MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata keadaan semasa menunjukkan kekuatan ribut yang dijangka membadai negeri-negeri Pantai Timur itu semakin berkurangan apabila menghampiri perairan negara.