Memaparkan catatan dengan label Kilang Kelapa Sawit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kilang Kelapa Sawit. Papar semua catatan

Khamis, Januari 17, 2013

Seorang lagi mangsa letupan kilang sawit maut

Gambar hiasan

HULU TERENGGANU: Seorang lagi mangsa kejadian letupan di kilang memproses kelapa sawit di sini lewat petang semalam, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, menjadikan angka kematian kepada empat orang.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Ismail Muslim berkata Mohd Razlan Mokhtar, 25, berasal dari Kuala Berang meninggal dunia kira-kira 9.30 pagi ini.