Khamis, Oktober 13, 2011

Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2011



Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2011
PDFPrintE-mail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 pada tarikh dan waktu seperti berikut.
Nombor Siri Peperiksaan
Tarikh dan Masa Peperiksaan
Tarikh Tutup Permohonan
Pusat Peperiksaan (Wilayah)
RAE 2011-2
15 Dis 2011 jam 2,00 petang
28 Okt 2011 jam 5.00 petang
Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak


Kelayakan bagi menduduki peperiksanini adalah seperti berikut:
- Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
- Warganegara Malaysia) Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk menduduki peperiksaan. Borang permohonan boleh diperolehi dari pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM dihttp://www.skmm.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta bayarannya dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang sepadan menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti dibawah.
Pilihan Pusat PeperiksaanAlamat Pejabat Wilayah SKMM bagi penghantaran borang permohonanNombor untuk dihubungi
UTARASuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Utara, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604-3238 228
Faks: +604-3239 448
TENGAHSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Tengah, Aras 17, Wisma SunwayMas
No. 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Seksyen 9

40100 Shah Alam, Selangor
Tel: +603-5518 7706
Faks: +603-5518 7710
SELATANSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Selatan, Suite 7A, Aras 7, Menara Ansar
Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel: +607-2264 700
Faks: +607-2278 700
TIMURSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Timur, B8004, Tingkat 1, Sri Kuantan Square
Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang
Tel: +609-5150 078
Faks: +609-5157 566
SABAHSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sabah, 6-10-10, Tingkat 10, No. 6, Menara MAA
Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +608-8270 550
Faks: +608-8253 205
SARAWAKSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sarawak, Aras 5 (Utara), Wisma STA
26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak
Tel: +608-2346 500
Faks: +608-2331 901
 Sila tulis "RAE 2011-2" di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia: Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama"SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN ULTIMEDIA MALAYSIA" dan dikepilkan bersama borang permohonan. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.
Jumlah calon adalah terhad. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+603-8688 8265) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Alama ibu pejabat SKMM adalah:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Cik Ida Khairuniah Idris)  

Untuk muatturun borang peperiksaan, 
sila klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan