Kerajaan negeri akan mula mengagihkan bantuan dana khas raya pada minggu ketiga Ramadan untuk memberi peluang rakyat membuat persiapan menjelang hari raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, setakat ini masih dalam peringkat mengemaskini senarai nama mereka yang layak menerima dana berkenaan.
“Kita perlu semak satu persatu nama-nama yang dihantar oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan akan memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja akan menerimanya,” katanyadi Kuala Terengganu.
Menurut Ahmad Said , tahun lalu kerajaan membelanjakan lebih RM40 juta untuk diagih kepada 150,000 keluarga di seluruh negeri.
“Tahun ini kita akan tambah 10 peratus peruntukan untuk dana berkenaan kerana ada pertambahan keluarga yang baru mendirikan rumah tangga,” katanya.
Katanya, setiap keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, warga emas, orang kurang upaya serta ibu tunggal merupakan golongan yang layak menerima bantuan dana hari raya ini.
Dana raya diagihkan dalam tiga peringkat iaitu warga emas (RM200), keluarga miskin dan orang kurang upaya (RM300) serta yang mempunyai ramai tanggungan (RM400).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan