Jumaat, Julai 22, 2011

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS MAT SABU



Pihak polis perlu mengambil tindakan yang tegas kepada MAT SABU kerana menghasut, menipu serta memburukkan nama Malaysia di mata dunia.  Perkara ini adalah sangat serius dan tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa.  Agak keterlaluan kalau dilihat dewasa kini, pihak pembangkang boleh mempermain-mainkan pihak berkuasa, memperlekehkan tindakan yang diambil oleh Kerajaan.  Untuk menaikan nama beliau dimata dunia, sanggup membuat apa saja, asalkan niatnya berjaya.


Kalau dibiarkan berlarutan, maka akan hancurlah negara kita ini dan undang-undang akan dipermain-mainkan serta kewibawaan pasukan Polis Diraja Malaysia akan tercemar di mata dunia.  JANGAN TERLEWAT, TINDAKAN SEGERA PATUT DIAMBIL KE ATAS INDIVIDU YANG MERANCANG, MENGERAK SERTA MELAKSANAKAN perhimpunan yang mencemarkan nama baik negara kita serta memperkecil-kecilkan Titah Perintah Yang Di Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan