Restoran Merbau Seafood beralamat di Kg. Seberang Takir, Kuala Terengganu, adalah tidak asing bagi Warga Kelab Radio Amatur & Rekreasi (Pemancar) Zon Kuala Terengganu/Marang dan Kuala Nerus. Restoran ini dikenali dengan panggilan Kedai Panel. Tempat berkumpul menjamu selera serta menghilangkan dahaga bagi warga Pemancar. Terdapat berbagai jenis makan laut yang enak-enak disamping makanan kesukaan iaitu 'Roti Canai' ala-mamak. Restoran ini dibuka mulai jam 5.00 petang hingga lewat pagi.
Tuan punya restoran menjanjikan layanan yang seimbang serta harga yang berpatutan. Selamat Datang dan Mencuba Masakan Pantai Timur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan