Lebih 40,000 penduduk termasuk urusetia dijangka terlibat dalam lawatan sehari Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 30 April ini (Sabtu).
Khamis, April 28, 2011
Rabu, April 27, 2011
'Eyeball - rakan-rakan Pemancar
Perjumpaan sepontan 'Eyeball' rakan-rakan PEMANCAR berlangsung di Mama Tom Yam, persimpangan lampu isyarat Kg. Sungai Derhaka, Kuala Terengganu pada petang 26 APR 2011.
Terengganu Tempatkan Pengawal Pantai Di Pulau Destinasi Pelancong
KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Pengawal pantai akan ditempatkan di pulau-pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Terengganu bagi memantau keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata buat permulaan seramai 40 pengawal pantai akan ditempatkan di Pulau Lang Tengah, Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Selasa, April 26, 2011
JBPM berjaya selamat harta benda bernilai RM16.3 bilion
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM16.3 bilion dalam kejadian kebakaran di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JBPM, Haji Amer Yusof, berkata daripada jumlah berkenaan RM131 juta harta benda dapat diselamatkan dalam kejadian kebakaran di Terengganu.
60,000 pelajar sekolah menengah terima netbook tahun ini
Seramai 60,000 pelajar sekolah menengah seluruh negeri akan menerima netbook tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM60 juta.
Pengarah Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pejabat Wilayah Timur, Encik Mohd Shafei Harun berkata, pemberian netbook 1Malaysia melalui program ‘Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan’ yang mula diperkenalkan kerajaan pada pertengahan tahun lalu.
“Semua pelajar yang mempunyai ibu bapa mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak menerima pengagihan netbook,” katanya di majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia untuk Pelajar Sekolah-sekolah Menengah (SM) dalam Parlimen Kuala Terengganu, di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu semalam.
Isnin, April 25, 2011
Ahad, April 24, 2011
Kelas Ulangkaji RAE - 23/04/2011 di Sport Cafe Kompleks Sukan TER
PEMANCAR - Kelas ulangkaji peperiksaan RAE 2011 telahpun diadakan di Sport Cafe, Komplek Sukan TER, Kuala Ibai, Terengganu. Tenaga pengajar dikendalikan oleh 9M2VOT Pak Rasad. Diantara rakan-rakan Pemancar yang menghadiri kelas tersebut ialah Penasihat PEMANCAR - 9W2RWB YBhg. Dato' Ramli Embong, yang akan sama-sama menduduki peperiksaan pada bulan JUN 2011.
Langgan:
Catatan (Atom)